Sekarang anda tidak perlu risau lagi kat mana nak jahit baju kurung dan sebagainya kerana saya bersedia memberi perkhidmatan itu untuk anda. Terutama bagi mereka yang berada di luar negara pasti sukar mencari tailor yang boleh menjahit baju tradisi melayu. Saya menerima tempahan secara online iaitu menggunakan Pos. Pada anda yang berminat menempah tetapi tinggal jauh dari Selangor dan tinggal di luar selangor, boleh juga menempah secara pos.
Anda boleh menghantar baju contoh atau anda juga boleh mengukur baju contoh anda sendiri dan berikan ukurannya kepada saya. Ukuran adalah dalam unit inci ataupun cm (inci lagi bagus). Baju contoh yang dimaksudkan itu adalah baju yang anda rasa selesa memakainya.
Ukuran yang diperlukan adalah:
labuh baju
labuh lengan
lebar baju
bahu
pesak atas
pesak bawah
ketiak
punggung
labuh kain
Contoh panduan untuk baju kurung:
- Lebar Bahu
Diukur dari hujung bahu kiri ke hujung bahu kanan
- Lebar Dada
Diukur mulai dari dari bawah ketiak kanan baju ke bawah ketiak kiri baju.
- Panjang Baju
Diukur dari atas bahu baju ke bawah baju.
- Lebar Pinggang
Diukur dari hujung kiri bahagian pinggang kain ke bahagian kiri pinggang.
- Panjang Tangan
Diukur dari jahitan dibahu hingga ke hujung pergelangan tangan baju.
- Lebar Punggung
Mengukur bahagian punggung baju dari kiri ke kanan.
- Ketiak
Ukur luas ketiak baju.
- Pesak
Ukur luas pesak atas dan pesak bawah.
- Kekek
Manakala ukuran kekek baju dewasa adalah standard 3X3 inci.
- Labuh Kain
Diukur dari bahagian atas pinggang hingga ke bawah kain.
* Anda boleh pos kepada saya baju contoh sebagai UKURAN iaitu baju yang selesa dipakai ataupun mengunakan ukuran standard SS, S, M, L, XL atau pun anda juga boleh memberikan ukuran yang anda ukur sendiri.
No comments:
Post a Comment